Friday, 14 March 2014

My Second Earthquake Experience in Japan

pukul 2.10 pagi. penat gila baru lepas habis iron suit untuk graduation day senpai2 hari ni. 

macam biasa before tido aku main handphone, sampai tersengguk2 sebab nak bagi ngantuk. 

tiba2 aku terdengar bunyik macam benda kena seret kat bawah katil. pastu tetiba katil aku bergoyang2.

then aku terpikir, macam ada hantu kacau aku dari bawah katil. cuak gila kot time tu! 
jantung aku dah start berdegup kuat tak henti2.

lepas tu sume benda aku rasa bergoyang2 dalam bilik ni. kuat. paling kuat pernah aku rasa seumur hidup aku kat sini.

jadi, tak lain tak bukan 地震!! gempa bumi siot!! aku dah start panik dah time tu.

mana taknya, kali last aku rasa gempa bumi kat sini, masa bulan april tahun lepas. 

tu pun time tu takde la teruk sangat cam hari ni. time tu rasa kejap je. yang hari ni punya agak lama jugak la. 

barang2 yang aku gantung dah start jatuh2. tapi aku still terpinga2, tak tau nak selamatkan apa dulu.

tetiba aku baru perasan, macbook aku still terbukak lagi. dah la atas tu rak penuh buku2.

so aku sempat tutup macbook je tengah2 gegar tu. then berselubung balik atas katil. 

dengan cuaknya kalau luggage besar yang aku letak kat atas almari tu jatuh terhempap atas aku.

tengah2 lantai serta barang2 dalam bilik bergegar tu mata aku cuma tumpu kat luggage besar atas almari tu je. sebab kalau dia jatuh, aku la benda first yang dia akan hempap dulu. 

dalam 3, 4 minit aku tenung je luggage tu, dengan jantung dap dip dup lagi, tetiba gempa bumi stop.

rasa lega sikit, lagi2 lepas tu sensei buat pengumuman dengan suara rileknya cakap, kalau lepas tu ada lagi gempa, dia suruh budak2 sume kumpul dekat pejabat asrama.

lepas tu, dalam sejam aku dah tak buleh tido dah. jantung pun still tak berhenti degup kuat lagi.

maybe ni first time aku rasa gempa kat dalam hostel. cuak kot kalau barang2 kat atas sume jatuh.

sebelum ni kat rumah kak umi, tahun lepas. time tu plan nak pergi berjalan kat padang pasir tottori.

tapi time tu punya earthquake sekejap je daripada yang ni punya. 

yang teruknya sampai train punya jadual sume kena delay, earthquake punya pasal.

herm tu je, okbai.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 curses:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...