Thursday, 10 October 2013

Love Letter

lately macam2 benda bermain dalam pikiran gua. sekarang ni gua ada terpikirkan satu benda ni yang berlaku pada zaman dahulukala. surat cinta.

zaman sekolah memang bagi gua zaman cinta monyet. yelah, time tu sape2 aje gua tengok dapat surat cinta. tapi gua ngaku la, zaman tu memang zaman jahiliyyah gua. ikutkan sangat perasaan kebudak-budakan dan tak matang langsung tu. lepas tu, mesti akan ada posmen yang tolong hantarkan surat tu. gua pun tak pernah terkecuali la dari menjadi posmen bagi pihak kawan2 gua tu. and yang lagi menariknya, budak2 sekolah time tu (sekolah gua la kan, tak tau la budak sekolah lain cemana) ada cara lipat surat yang tersendiri, u know! tak main la lipat empat je macam nak lipat kertas buat kapal laut kertas tu. siap boleh main selit2 lagi. ah pokoknya susah la untuk diterangkan cara lipatan surat tu. 

yang menjadi masalahnya tu, bila ada SPOTCHECK prefect buat, apatah lagi cikgu2. bila tau nak buat spotcheck time tu budak2 mula la nak simpan surat2 and barang2 berharga lain kat dalam tin biskut la, eh tin biskut pun boleh kantoi jugak u. serius gua tak puas hati, pasal bagi gua, itu hak peribadi diorang. dah nama pun handphone tak buleh bawak pi sekolah, abis cemana diorang nak berhubung lagi melainkan pakai surat? baru la classic sikit rasa. ni handphone x buleh, surat x buleh, tu yang keje diorang nak dating je. tapi sama je sebenarnya, apa2 hal diorang mesti dating jugak kan time prep ke kan. ah, x kesah la pokoknya aku bangkang spotcheck surat cinta!

itu satu hal, lagi satu bila cikgu yang rampas surat cinta tu baca kuat2 surat cinta tu sampai satu bilik guru tau. bukan ke namanya memalukan budak tu? okey la gua pernah jugak la kena macam tu kan. surat kantoi kat cikgu, pastu beliau pergi baca kuat2 dalam bilik guru. buatpe seyh.. gua tak pernah pun carik pasal dengan beliau. malahan beliau la cikgu yang paling gua suka sebenarnya, sebab gua suka subjek yang beliau ajar. lepas tu dalam kelas beliau selalu gak la nganjeng gua dengan encik X ni, pasal kantoi tu la. yelah, memang la benda tu salah kan, cinta monyet. tapi.. ah x peduli lah, pokoknya, gua tak suka orang2 yang buat spotcheck surat cinta ni! 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 curses:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...