Friday, 14 March 2014

My Second Earthquake Experience in Japan

pukul 2.10 pagi. penat gila baru lepas habis iron suit untuk graduation day senpai2 hari ni. 

macam biasa before tido aku main handphone, sampai tersengguk2 sebab nak bagi ngantuk. 

tiba2 aku terdengar bunyik macam benda kena seret kat bawah katil. pastu tetiba katil aku bergoyang2.

then aku terpikir, macam ada hantu kacau aku dari bawah katil. cuak gila kot time tu! 
jantung aku dah start berdegup kuat tak henti2.

lepas tu sume benda aku rasa bergoyang2 dalam bilik ni. kuat. paling kuat pernah aku rasa seumur hidup aku kat sini.

jadi, tak lain tak bukan 地震!! gempa bumi siot!! aku dah start panik dah time tu.

mana taknya, kali last aku rasa gempa bumi kat sini, masa bulan april tahun lepas. 

tu pun time tu takde la teruk sangat cam hari ni. time tu rasa kejap je. yang hari ni punya agak lama jugak la. 

barang2 yang aku gantung dah start jatuh2. tapi aku still terpinga2, tak tau nak selamatkan apa dulu.

tetiba aku baru perasan, macbook aku still terbukak lagi. dah la atas tu rak penuh buku2.

so aku sempat tutup macbook je tengah2 gegar tu. then berselubung balik atas katil. 

dengan cuaknya kalau luggage besar yang aku letak kat atas almari tu jatuh terhempap atas aku.

tengah2 lantai serta barang2 dalam bilik bergegar tu mata aku cuma tumpu kat luggage besar atas almari tu je. sebab kalau dia jatuh, aku la benda first yang dia akan hempap dulu. 

dalam 3, 4 minit aku tenung je luggage tu, dengan jantung dap dip dup lagi, tetiba gempa bumi stop.

rasa lega sikit, lagi2 lepas tu sensei buat pengumuman dengan suara rileknya cakap, kalau lepas tu ada lagi gempa, dia suruh budak2 sume kumpul dekat pejabat asrama.

lepas tu, dalam sejam aku dah tak buleh tido dah. jantung pun still tak berhenti degup kuat lagi.

maybe ni first time aku rasa gempa kat dalam hostel. cuak kot kalau barang2 kat atas sume jatuh.

sebelum ni kat rumah kak umi, tahun lepas. time tu plan nak pergi berjalan kat padang pasir tottori.

tapi time tu punya earthquake sekejap je daripada yang ni punya. 

yang teruknya sampai train punya jadual sume kena delay, earthquake punya pasal.

herm tu je, okbai.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 10 October 2013

Love Letter

lately macam2 benda bermain dalam pikiran gua. sekarang ni gua ada terpikirkan satu benda ni yang berlaku pada zaman dahulukala. surat cinta.

zaman sekolah memang bagi gua zaman cinta monyet. yelah, time tu sape2 aje gua tengok dapat surat cinta. tapi gua ngaku la, zaman tu memang zaman jahiliyyah gua. ikutkan sangat perasaan kebudak-budakan dan tak matang langsung tu. lepas tu, mesti akan ada posmen yang tolong hantarkan surat tu. gua pun tak pernah terkecuali la dari menjadi posmen bagi pihak kawan2 gua tu. and yang lagi menariknya, budak2 sekolah time tu (sekolah gua la kan, tak tau la budak sekolah lain cemana) ada cara lipat surat yang tersendiri, u know! tak main la lipat empat je macam nak lipat kertas buat kapal laut kertas tu. siap boleh main selit2 lagi. ah pokoknya susah la untuk diterangkan cara lipatan surat tu. 

yang menjadi masalahnya tu, bila ada SPOTCHECK prefect buat, apatah lagi cikgu2. bila tau nak buat spotcheck time tu budak2 mula la nak simpan surat2 and barang2 berharga lain kat dalam tin biskut la, eh tin biskut pun boleh kantoi jugak u. serius gua tak puas hati, pasal bagi gua, itu hak peribadi diorang. dah nama pun handphone tak buleh bawak pi sekolah, abis cemana diorang nak berhubung lagi melainkan pakai surat? baru la classic sikit rasa. ni handphone x buleh, surat x buleh, tu yang keje diorang nak dating je. tapi sama je sebenarnya, apa2 hal diorang mesti dating jugak kan time prep ke kan. ah, x kesah la pokoknya aku bangkang spotcheck surat cinta!

itu satu hal, lagi satu bila cikgu yang rampas surat cinta tu baca kuat2 surat cinta tu sampai satu bilik guru tau. bukan ke namanya memalukan budak tu? okey la gua pernah jugak la kena macam tu kan. surat kantoi kat cikgu, pastu beliau pergi baca kuat2 dalam bilik guru. buatpe seyh.. gua tak pernah pun carik pasal dengan beliau. malahan beliau la cikgu yang paling gua suka sebenarnya, sebab gua suka subjek yang beliau ajar. lepas tu dalam kelas beliau selalu gak la nganjeng gua dengan encik X ni, pasal kantoi tu la. yelah, memang la benda tu salah kan, cinta monyet. tapi.. ah x peduli lah, pokoknya, gua tak suka orang2 yang buat spotcheck surat cinta ni! 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 27 February 2012

Ahli keluarga rempit!

aku jenis yang selalu bukak facebook. bagi aku, facebook adalah surat khabar bagi aku. mungkin aku jenis yang bosan kalau baca surat khabar. 


bila dah selalu bukak facebook ni, aku perasan ada satu jenis penulisan yang sesetengah orang suka buat, aku namakan die tulisan rempit. ala, yang ada -ew kat belakang dia tu. meh aku bagi contoh ye.


"cbuk JEW. PEW yg omey NYEW?"


satu lagi aku perasan, ada gak golongan yang terus tukar ejaan untuk sesuatu words tu. yang x boleh blah nye, memang berbeza gila aku rase bunyinya dengan yang asal, macam ni:


"shaye tayang awak ketad2.."


puihhh...sori la ni aku amik ayat2 yang aku perasan kat facebook. bagi aku tulisan mcm ni telah mengganggu ketenteraman hidup aku, malah lagi nak membuatkan aku muntah hijau. aku pun tak sangka macam mane la orang2 mcm ni boleh ada dalam list friends aku. haishhh...kalau yang guna sikit2 mcm jew tu aku boleh terima lagi, dimaafkan...hahaha. kalau yang lagi teruk dari tu, sorry to say, aku nak unfriend tak sampai hati pulak, unsubscribe je lahhh...at least name kau tak keluar dalam news feed aku.



♥kahkahkah♥
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 24 November 2011

DISH- Sofa Biru

Support Our Local Acts!! *dah takde ayat lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, 24 September 2011

Friday, 23 September 2011

Saturday, 17 September 2011

Raye ke rumah sensei ;)


arigatou gozaimasu Jasmini sensei!!! ;) Selamat hari raya maaf zahir & batin. *blum terlmbat lg nih.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...